
OVERVIEW
Pengarah :
Toshiyuki Tsuru
Studio :
Studio Pierrot
Tarikh Pasaran :
5 August 2006 (Japan)
Genre :
Comedy, Mischief, Action, Shonen
Sinopsis :
Uzumaki Naruto, Hatake Kakashi, Haruno Sakura dan Rock Lee telah ditugaskan untuk melindungi seorang putera dari negeri Bulan, Michiru yang sedang bercuti. Negeri Bulan terkenal dengan kekayaannya, menjadikan Michiru seorang yang amat boros. Anak Michiru, Hikaru juga mengikut jejak langkahnya yang telah membuat Naruto sakit hati. Bila Hikaru meluahkan minatnya untuk memiliki Harimau Sabertooth di dalam sarkas, Michiru bukan sahaja ingin membelinya tetapi keseluruhan sarkas. Akhirnya orang yang mengiringi Michiru terpaksa menjaga binatang dan ahli sarkas tersebut.
Apabila mereka pulang ke negeri Bulan, didapati negeri tersebut telah diambil alih oleh Shabadaba, seorang bangsawan. Dengan mengupah tiga orang ninja yang kuat untuk menyokongnya, Shabadaba telah menjatuhkan raja negeri Bulan dan juga merancang perkara yang sama kepada Michiru dan Hikaru, waris kepada takhta diraja. Shabadaba telah mengarah askar-askarnya untuk membunuh kesemua orang-orang Michiru, tetapi mereka dapat melarikan diri dengan bantuan seorang askar yang setia kepada raja negeri Bulan.
Dengan melarikan diri ke gua tersembunyi, Michiru mendapati yang bapanya masih lagi hidup, tetapi Sakura hanya dapat menolongnya dengan tempoh yang singkat sahaja. Sebelum mati, raja itu berpesan kepada Michiru dan Hikaru tentang kepentingan rakyat bukannya harta benda. Ketika percubaan untuk melarikan diri daripada negeri itu, 3 ninja yang diupah oleh Shabadaba telah mematahkan Naruto, Kakashi, Sakura dan Lee dengan serangan ilusi beracun. Putera telah ditangkap, tetapi dengan kemunculan chakra Kyubii Naruto, dia dapat membalas serangan ketiga-tiga ninja tersebut sebelum mereka menangkap Hikaru.
Di Istana, Shabadaba menerangkan kepada Michiru bahawa pengambilan takhta olehnya adalah semata-mata kerana harta benda, sama seperti Michiru yang mementingkan harta benda. Dia sedar apa maksud nasihat bapanya bila nyawanya sudahpun dihujung tanduk.
Dengan pertolongan ahli sarkas yang dibeli oleh Michiru, kumpulan Kakashi cuba untuk menyelamatkan Michiru bersama dengan Hikaru. Kakashi bertarung dengan askar-askar Shabadaba, manakala setiap genin melawan setiap seorang ninja Shabadaba. Dengan menggunakan rantai dan kayu belati, Lee mengalahkan lawannya selepas usahanya gagal berulang kali. Sakura dapat mengatasi lawannya yang menggunakan teknik ilusi beracun dengan memecahkan lampu-lampu untuk mengenalpasti kedudukan lawannya dan menewaskannya dengan satu tumbukan sahaja. Pertarungan Naruto paling lama sekali, disebabkan bantuan Naruto untuk menyelamatkan Michiru. Dalam babak pertarungan terakhir, kaki Naruto telah dilumpuhkan oleh teknik ganjil lawannya. Tetapi dengan bantuan Michiru, Naruto berjaya menewaskan lawannya dengan teknik rasengan yang memantulkan cahaya bulan dan mengubah bentuk rasengan menjadi bentuk bulan sabit.
Setelah pemberontakan berakhir, Michiru telah dinobatkan raja baru negeri Bulan dan merancang untuk meneruskan niat baik ayahnya, pasukan Kakashi juga bersedia untuk bercuti.
Karya Asal :
Masashi Kishimoto
Komen :
Pada babak pertama cerita ini agak membosankan tetapi lebih banyak aksi pada babak kedua. Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan Naruto the Movie yang lepas. Rating : 8/10











