Nae yeojachingureul sogae habnida – Windstruck

3256.jpg

OVERVIEW
Pengarah :

Kwak Jae-young

Penulis Skrip :
Kwak Jae-young

Tarikh Pasaran :
3 June 2004 (Hong Kong)

Genre :
Comedy / Drama / Romance / Crime

Sinopsis :
Bintang Filem Korea, Jun Ji-Hyun memegang watak Pegawai Yeo Kyung-Jin, merupakan pegawai polis yang berani yang bertugas di Balai Polis Seoul. Pada satu hari sedang dia mengejar pencuri, dengan tidak sengaja dia telah menangkap Ko Myung-Woo (watak dilakonkan oleh Jang Hyeok), seorang guru Fizik di sebuah sekolah perempuan yang niatnya ingin menangkap pencuri sebenar. Selepas dibebaskan dan ketika berjalan pulang, Myung-Woo telah menjumpai dompet yang telah dicuri, sebaik sahaja dia mengambil dompet itu dia telah dikesan oleh Kyung-Jin dan Kyung-Jin cuba untuk menangkap Myung-Woo semula. Kyung-Jin telah diberi tugas untuk mengiringi Myung-Woo melalui jalan yang berbahaya dan ketika itu Kyung-Jin telah merosakkan pertemuan antara Mafia Rusia dan gangster Korea. Dengan tangan Myung-Woo digari bersama dengan Kyung-Jin, Kyung-Jin telah menghapuskan kedua-dua kumpulan itu walaupun pada mulanya dia telah menghuru-harakan keadaan yang menyebabkan kedua-dua kumpulan itu bertembak sesama sendiri.

Pada babak pertama cerita ini, berdasarkan pandangan Myung-Woo yang menceritakan tentang cinta antara satu pasangan dimana akhirnya mereka berbulan madu di kawasan perkampungan dan Myung-Woo memberitahu kepada Kyung-Jin jika dia mati, dia ingin kembali ke bumi sebagai angin. Selepas itu, dia hampir mati akibat kemalangan kereta tapi telah diselamatkan oleh Kyung-Jin.

Cerita ini bertukar ke alam fantasi pada babak kedua, selepas Myung-Woo secara tidak sengaja ditembak ketika Kyung-Jin mengejar penjahat. Kyung-Jin merasakan yang dia bertanggungjawab ke atas kematian Myung-Woo dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya. Selepas Kyung-Jin menyedari kehadiran Myung-Woo, yang datang sebagai angin hingga satu ketika dia ditembak oleh penjahat, Myung-Woo hadir didalam mimpinya memberi semangat kepadanya untuk terus hidup.

Pada akhir cerita ini Myung-Woo dan Kyung-Jin berkomunikasi dan berkongsi cinta terakhir sebelum dia pergi ke dunia yang lain.

Komen :
Sequel daripada cerita My Sassy Girl…Bagi peminat cerita My Sassy Girl pastikan anda tidak terlepas melihat cerita ini kerana cerita ini bersangkut-paut dengan cerita My Sassy Girl. Babak pertama memang kelakar habis dan babak akhir pula romantik.. Seperti biasa cerita Korea..Ending mesti sedih beb..Saya bagi rating cerita ni 9/10..sebab jalan cerita lebih kurang sama dengan My Sassy Girl.

Naruto the Movie 3: The Animal Riot of Crescent Moon Island

72490a.jpg

OVERVIEW
Pengarah :

Toshiyuki Tsuru

Studio :
Studio Pierrot

Tarikh Pasaran :
5 August 2006 (Japan)

Genre :
Comedy, Mischief, Action, Shonen

Sinopsis :
Uzumaki Naruto, Hatake Kakashi, Haruno Sakura dan Rock Lee telah ditugaskan untuk melindungi seorang putera dari negeri Bulan, Michiru yang sedang bercuti. Negeri Bulan terkenal dengan kekayaannya,  menjadikan Michiru seorang yang amat boros. Anak Michiru, Hikaru juga mengikut jejak langkahnya yang telah membuat Naruto sakit hati. Bila Hikaru meluahkan minatnya untuk memiliki Harimau Sabertooth di dalam sarkas, Michiru bukan sahaja ingin membelinya tetapi keseluruhan sarkas. Akhirnya orang yang mengiringi Michiru terpaksa menjaga binatang dan ahli sarkas tersebut.

Apabila mereka pulang ke negeri Bulan, didapati negeri tersebut telah diambil alih oleh Shabadaba, seorang bangsawan.  Dengan mengupah tiga orang ninja yang kuat untuk menyokongnya, Shabadaba telah menjatuhkan raja negeri Bulan dan juga merancang perkara yang sama kepada Michiru dan Hikaru, waris kepada takhta diraja. Shabadaba telah mengarah askar-askarnya untuk membunuh kesemua orang-orang Michiru, tetapi mereka dapat melarikan diri dengan bantuan seorang askar yang setia kepada raja negeri Bulan.

Dengan melarikan diri ke gua tersembunyi, Michiru mendapati yang bapanya masih lagi hidup, tetapi Sakura hanya dapat menolongnya dengan tempoh yang singkat sahaja. Sebelum mati, raja itu berpesan kepada Michiru dan Hikaru tentang kepentingan rakyat bukannya harta benda. Ketika percubaan untuk melarikan diri daripada negeri itu, 3 ninja yang diupah oleh Shabadaba telah mematahkan Naruto, Kakashi, Sakura dan Lee dengan serangan ilusi beracun. Putera telah ditangkap, tetapi dengan kemunculan chakra Kyubii Naruto, dia dapat membalas serangan ketiga-tiga ninja tersebut sebelum mereka menangkap Hikaru.

Di Istana, Shabadaba menerangkan kepada Michiru bahawa pengambilan takhta olehnya adalah semata-mata kerana harta benda, sama seperti Michiru yang mementingkan harta benda. Dia sedar apa maksud nasihat bapanya bila nyawanya sudahpun dihujung tanduk.

Dengan pertolongan ahli sarkas yang dibeli oleh Michiru, kumpulan Kakashi cuba untuk menyelamatkan Michiru bersama dengan Hikaru. Kakashi bertarung dengan askar-askar Shabadaba, manakala setiap genin melawan setiap seorang ninja Shabadaba. Dengan menggunakan rantai dan kayu belati, Lee mengalahkan lawannya selepas usahanya gagal berulang kali. Sakura dapat mengatasi lawannya yang menggunakan teknik ilusi beracun dengan memecahkan lampu-lampu untuk mengenalpasti kedudukan lawannya dan menewaskannya dengan satu tumbukan sahaja. Pertarungan Naruto paling lama sekali, disebabkan bantuan Naruto untuk menyelamatkan Michiru. Dalam babak pertarungan terakhir, kaki Naruto telah dilumpuhkan oleh teknik ganjil lawannya. Tetapi dengan bantuan Michiru, Naruto berjaya menewaskan lawannya dengan teknik rasengan yang memantulkan cahaya bulan dan mengubah bentuk rasengan menjadi bentuk bulan sabit.

Setelah pemberontakan berakhir, Michiru telah dinobatkan raja baru negeri Bulan dan merancang untuk meneruskan niat baik ayahnya, pasukan Kakashi juga bersedia untuk bercuti.

Karya Asal :
Masashi Kishimoto

Komen :
Pada babak pertama cerita ini agak membosankan tetapi lebih banyak aksi pada babak kedua. Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan Naruto the Movie yang lepas. Rating : 8/10

Yeopgijeogin geunyeo – My Sassy Girl

Beli VCD | Beli DVD

my_sassy_girl_movie_poster.jpg

Beli VCD | Beli DVD

OVERVIEW
Pengarah :

Jae-young Kwak

Penulis Skrip :
Ho-sik Kim (novel)
Jae-young Kwak (screenplay)

Tarikh Pasaran :
27 July 2001 (South Korea)

Genre :
Comedy / Drama / Romance

Sinopsis :
Berdasarkan cerita benar yang diceritakan oleh Kim Ho-Sik di internet tentang kisah cinta dengan teman wanitanya. Cerita ini kemudiannya dibukukan dan telah menjadi antara novel yang terlaris di Korea Selatan. Ia menerangkan tentang pertemuan antara Cha Gyeon-woo dengan gadis yang tidak bernama di dalam sebuah keretapi. Terjadi satu insiden yang menjijikkan dan Gyeon-Woo terasa amat malu ketika menolong gadis itu kerana orang ramai telah menyalah anggap bahawa gadis itu merupakan teman wanita Gyeon-Woo. Ketika Gyeon-Woo menolong gadis itu, timbul rasa tanggungjawab didalam dirinya untuk menjaga gadis tersebut tetapi telah menyebabkan dia disalah gunakan oleh gadis tersebut.

Filem ini teramat laris di Korea Selatan ketika ia ditayangkan. Apabila filem ini dipasarkan di seluruh Asia Timur, ia telah menjadi Blockbuster bermula dari Jepun, China, Taiwan, Philipina, Hong Kong, Singapore, Vietnam dan Indonesia sehinggakan kejayaannya ia boleh disamakan dengan filem Titanic. Ia juga terkenal di Amerika dan remake filem ini dijadual keluar di pasaran pada tahun ni, 2007

Penganugerahan :
1 pencalonan, menang 5

Cha Tae-hyun … Gyeon-woo
Jun Gianna … Si Gadis (as Jeon Ji-hyun)
Jin-hie Han … Ayah Si Gadia
Sook-hee Hyun … Mak Si Gadis
Il-woo Kim … Kembar Lima
In-mun Kim … Ayah Gyeon-woo
Tae-hyeon Kim
Mu-yeong Lee
Ho Lim … Teman Si Gadis ketika janji temu buta
Dong-won Seo … Pelarian Askar
Wok-suk Song … Mak Gyeon-woo
Geum-Seok Yang … Makcik Gyeon-woo

Komen :
Cerita ni telah membuatkan saya termimpi-mimpi didalam tidur..( Chewah) sebab Jeon Ji-Hyun comel sesangat. Kelakar, sedih, jiwang .. Semua ada..Saya bagi rating cerita ni 10/10..Pergh..fullmark

Beli VCD | Beli DVD

 

Shimotsuma Monogatari – Kamikaze Girls

Beli DVD

Kamikaze Girls - Pict

 Beli DVD

OVERVIEW
Pengarah:
Tetsuya Nakashima

Penulis Skrip:
Nobara Takemoto (comics)
Tetsuya Nakashima (screenplay)

Tarikh Pasaran:
29 May 2004 (Japan)

Genre:
Komedi

Sinopsis:
Momoko (Kyoko Fukada – Jpop idol) berharap sangat yang dia ni dapat hidup pada abad ke-18 era pertengahan Perancis daripada hidup di tempat tinggalnya, Shimotsuma, kawasan gangster Yakuza. Untuk melepaskan tension, dia sentiasa berkhayal dengan fesyen Lolitanya. Idolanya ialah Akinori Isobe, merangkap ketua kedai Baby, the Stars Shine Bright – merupakan kedai rekaan Lolita kegemarannya. Dia sanggup pergi ke Tokyo semata-mata untuk membeli-belah di kedai itu.

Pada satu musim panas, Momoko telah mengiklankan baju yang dah RIP-off(kepunyaan ayahnya) untuk dijual semata-mata untuk menampung kehendak fesyen Lolitanya. Dia telah bertemu dengan seorang pembeli, Ichigo dimana dia merupakan salah seorang ahli jirannya.

Ichigo (Anna Tsuchiya – Jrock icon) seorang yang suka memberontak merupakan ahli motorsikal Ponytails berstyle Yankee. Ponytail merupakan puak minah rempit dari Ibaraki.

Untuk dijadikan cerita, Momoko dan Ichigo perlahan-lahan membina persahabatan ketika mereka berkongsi perasaan atas perkara yang pelik berlaku antara mereka.

Penganugerahan:
14 menang & 2 pencalonan

Pelakon
Kyôko Fukada … Ryugasaki Momoko
Anna Tsuchiya … Shirayuri Ichigo
Hiroyuki Miyasako … Bapa Momoko
Sadao Abe … Ryuji ‘the Unicorn’/Doktor
Eiko Koike … Akimi
Shin Yazawa … Miko
Hirotaro Honda … Bos Yakuza
Kirin Kiki … Nenek Momoko
YosiYosi Arakawa … Pengurus Kedai Runcit
Katsuhisa Namase … Pengurus Rumah Tumpang Pachinko
Ryoko Shinohara … Emak Momoko
Yoshinori Okada … Tuan Kedai Baby, ‘The Stars Shine Bright’
Kanako Irie
Haruo Mizuno … Momoko Ryugasaki(kecik)
Yuichi Kimura … Yakuza

Komen
Pada sape yang minat manga Kamikaze Girls/Shimotsuma Monogatari mesti tengok citer ni..best giler.. Saya bagi Rating 9/10

Beli DVD