Nae yeojachingureul sogae habnida – Windstruck

3256.jpg

OVERVIEW
Pengarah :

Kwak Jae-young

Penulis Skrip :
Kwak Jae-young

Tarikh Pasaran :
3 June 2004 (Hong Kong)

Genre :
Comedy / Drama / Romance / Crime

Sinopsis :
Bintang Filem Korea, Jun Ji-Hyun memegang watak Pegawai Yeo Kyung-Jin, merupakan pegawai polis yang berani yang bertugas di Balai Polis Seoul. Pada satu hari sedang dia mengejar pencuri, dengan tidak sengaja dia telah menangkap Ko Myung-Woo (watak dilakonkan oleh Jang Hyeok), seorang guru Fizik di sebuah sekolah perempuan yang niatnya ingin menangkap pencuri sebenar. Selepas dibebaskan dan ketika berjalan pulang, Myung-Woo telah menjumpai dompet yang telah dicuri, sebaik sahaja dia mengambil dompet itu dia telah dikesan oleh Kyung-Jin dan Kyung-Jin cuba untuk menangkap Myung-Woo semula. Kyung-Jin telah diberi tugas untuk mengiringi Myung-Woo melalui jalan yang berbahaya dan ketika itu Kyung-Jin telah merosakkan pertemuan antara Mafia Rusia dan gangster Korea. Dengan tangan Myung-Woo digari bersama dengan Kyung-Jin, Kyung-Jin telah menghapuskan kedua-dua kumpulan itu walaupun pada mulanya dia telah menghuru-harakan keadaan yang menyebabkan kedua-dua kumpulan itu bertembak sesama sendiri.

Pada babak pertama cerita ini, berdasarkan pandangan Myung-Woo yang menceritakan tentang cinta antara satu pasangan dimana akhirnya mereka berbulan madu di kawasan perkampungan dan Myung-Woo memberitahu kepada Kyung-Jin jika dia mati, dia ingin kembali ke bumi sebagai angin. Selepas itu, dia hampir mati akibat kemalangan kereta tapi telah diselamatkan oleh Kyung-Jin.

Cerita ini bertukar ke alam fantasi pada babak kedua, selepas Myung-Woo secara tidak sengaja ditembak ketika Kyung-Jin mengejar penjahat. Kyung-Jin merasakan yang dia bertanggungjawab ke atas kematian Myung-Woo dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya. Selepas Kyung-Jin menyedari kehadiran Myung-Woo, yang datang sebagai angin hingga satu ketika dia ditembak oleh penjahat, Myung-Woo hadir didalam mimpinya memberi semangat kepadanya untuk terus hidup.

Pada akhir cerita ini Myung-Woo dan Kyung-Jin berkomunikasi dan berkongsi cinta terakhir sebelum dia pergi ke dunia yang lain.

Komen :
Sequel daripada cerita My Sassy Girl…Bagi peminat cerita My Sassy Girl pastikan anda tidak terlepas melihat cerita ini kerana cerita ini bersangkut-paut dengan cerita My Sassy Girl. Babak pertama memang kelakar habis dan babak akhir pula romantik.. Seperti biasa cerita Korea..Ending mesti sedih beb..Saya bagi rating cerita ni 9/10..sebab jalan cerita lebih kurang sama dengan My Sassy Girl.

Kirim Komen