Utada Hikaru – Flavor of Life (Jpop)

Beli CD

jake070228.jpg

Utada Hikaru – Flavor Of Life
Flavor Of Life
Flavor Of Life -Ballad Version-
Flavor Of Life – (Original Karaoke)
Flavor Of Life -Ballad Version-(Original Karaoke)
Flavor Of Life -Antidote Mix-

Merupakan single ke 18 Utada Hikaru. Juga dikenali dengan nama Hikki. Single ni pernah menduduki tangga pertama di Oricon Weekly Chart. Versi balada lagu ni telah dimuatkan dalam drama Hana Yori Dango 2.

Beli CD

Yeopgijeogin geunyeo – My Sassy Girl

Beli VCD | Beli DVD

my_sassy_girl_movie_poster.jpg

Beli VCD | Beli DVD

OVERVIEW
Pengarah :

Jae-young Kwak

Penulis Skrip :
Ho-sik Kim (novel)
Jae-young Kwak (screenplay)

Tarikh Pasaran :
27 July 2001 (South Korea)

Genre :
Comedy / Drama / Romance

Sinopsis :
Berdasarkan cerita benar yang diceritakan oleh Kim Ho-Sik di internet tentang kisah cinta dengan teman wanitanya. Cerita ini kemudiannya dibukukan dan telah menjadi antara novel yang terlaris di Korea Selatan. Ia menerangkan tentang pertemuan antara Cha Gyeon-woo dengan gadis yang tidak bernama di dalam sebuah keretapi. Terjadi satu insiden yang menjijikkan dan Gyeon-Woo terasa amat malu ketika menolong gadis itu kerana orang ramai telah menyalah anggap bahawa gadis itu merupakan teman wanita Gyeon-Woo. Ketika Gyeon-Woo menolong gadis itu, timbul rasa tanggungjawab didalam dirinya untuk menjaga gadis tersebut tetapi telah menyebabkan dia disalah gunakan oleh gadis tersebut.

Filem ini teramat laris di Korea Selatan ketika ia ditayangkan. Apabila filem ini dipasarkan di seluruh Asia Timur, ia telah menjadi Blockbuster bermula dari Jepun, China, Taiwan, Philipina, Hong Kong, Singapore, Vietnam dan Indonesia sehinggakan kejayaannya ia boleh disamakan dengan filem Titanic. Ia juga terkenal di Amerika dan remake filem ini dijadual keluar di pasaran pada tahun ni, 2007

Penganugerahan :
1 pencalonan, menang 5

Cha Tae-hyun … Gyeon-woo
Jun Gianna … Si Gadis (as Jeon Ji-hyun)
Jin-hie Han … Ayah Si Gadia
Sook-hee Hyun … Mak Si Gadis
Il-woo Kim … Kembar Lima
In-mun Kim … Ayah Gyeon-woo
Tae-hyeon Kim
Mu-yeong Lee
Ho Lim … Teman Si Gadis ketika janji temu buta
Dong-won Seo … Pelarian Askar
Wok-suk Song … Mak Gyeon-woo
Geum-Seok Yang … Makcik Gyeon-woo

Komen :
Cerita ni telah membuatkan saya termimpi-mimpi didalam tidur..( Chewah) sebab Jeon Ji-Hyun comel sesangat. Kelakar, sedih, jiwang .. Semua ada..Saya bagi rating cerita ni 10/10..Pergh..fullmark

Beli VCD | Beli DVD